Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SOP MASJID, SURAU SENTIASA DITAMBAH BAIK IKUT SITUASI SEMASA COVID-19

DALAM NEGARA

SOP MASJID, SURAU SENTIASA DITAMBAH BAIK IKUT SITUASI SEMASA COVID-19

KEMAMAN: Prosedur Operasi Standard (SOP) aktiviti di masjid dan surau sentiasa ditambah baik kerajaan bersesuaian dengan situasi semasa ancaman COVID-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, penambahbaikan SOP solat itu dilaksanakan menggunakan kaedah muzakarah antara mufti-mufti dan pihak berkuasa agama negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI).

“Kita sentiasa berusaha meminimakan perbezaan dan menyeragamkan SOP yang dilaksanakan pihak berkuasa agama Islam negeri.

“Penting untuk setiap SOP diteliti sebelum dilaksanakan untuk membendung penularan COVID-19 terutama di masjid dan surau,” katanya selepas menyempurnakan program Inspirasi Qaseh Kami: Food Bank YaPEIM 3.0 di Kemaman siang tadi.

Semalam media melaporkan kerajaan Pahang membenarkan kehadiran jemaah yang belum menerima suntikan vaksin menunaikan solat Jumaat dan fardu berdasarkan SOP baharu, berkuat kuasa Rabu lalu.

Mengulas berhubung perkara itu Ahmad Marzuk berkata, ianya terpulang kepada pihak berkuasa agama di negeri masing masing. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading