Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VIDEO PENCERAMAH HINA PDRM VIDEO LAMA, TELAH DIAMBIL TINDAKAN – BUKIT AMAN

DALAM NEGARA

VIDEO PENCERAMAH HINA PDRM VIDEO LAMA, TELAH DIAMBIL TINDAKAN – BUKIT AMAN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video tular mengenai seorang penceramah agama yang membuat kenyataan menghina dan fitnah terhadap PDRM merupakan video lama yang kembali ditularkan.

Video berdurasi 55 saat itu memaparkan seorang penceramah agama ketika menyampaikan ceramahnya mendakwa anggota polis tidak menunaikan solat Jumaat serta mengeluarkan kata kesat kepada warga PDRM kerana membuat tugasan perangkap had laju di jalan raya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A. Skandaguru berkata semakan mendapati video berkenaan dirakam pada 2016 dan  individu itu juga telah diambil tindakan.

Beliau berkata rekod menunjukkan penceramah terbabit telah dituduh mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) di Mahkamah Majistret Barat Daya, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016 dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM7,000.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memberi sebarang kenyataan dan tidak mengeluarkan ucapan berunsur fitnah yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi klip video berkenaan di media sosial dan jika didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading