Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WAKAF MEDIA BUKA RUANG AMAL JARIAH MELALUI KANDUNGAN DAKWAH TV ALHIJRAH

UTAMA

WAKAF MEDIA BUKA RUANG AMAL JARIAH MELALUI KANDUNGAN DAKWAH TV ALHIJRAH

KUALA LUMPUR: Orang ramai kini berpeluang untuk meraih manfaat amalan berwakaf dengan menyumbang kepada kandungan dakwah yang diterbitkan TV AlHijrah melalui inisiatif wakaf media.

Majlis Perjanjian Kerjasama Wakaf Media TV AlHijrah bersama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

KUALA LUMPUR: Orang ramai kini berpeluang untuk meraih manfaat amalan berwakaf dengan menyumbang kepada kandungan dakwah yang diterbitkan TV AlHijrah melalui inisiatif wakaf media.

Insiatif dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) itu membuka ruang lebih luas kepada masyarakat untuk menyalurkan wakaf tunai bagi pelaksanaan wakaf media melalui platform media TV AlHijrah.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, dalam dunia serba moden, ramai ingin berbuat kebaikan tetapi mencari saluran yang diyakini.

Melalui kolaborasi itu, TV AlHijrah menjadi jambatan yang memudahkan penonton untuk menyertai amal kebajikan secara telus, sah dan berkesan.

“Kerjasama ini adalah titik tolak penting untuk menghubungkan masyarakat dengan peluang beramal jariah melalui medium penyiaran. 

“Kami percaya wakaf bukan sekadar instrumen ekonomi, tetapi satu ibadah yang mengikat hati kita dengan Allah dan meninggalkan manfaat kepada generasi seterusnya. Harapan kami, inisiatif ini akan menjadi model rujukan bagi medium penyiaran Islam di rantau ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian bersama YWM di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah.

Melalui perjanjian itu, TV AlHijrah muncul sebagai media penyiaran Islam pertama di Malaysia yang mengangkat wakaf tunai sebagai agenda kerjasama rasmi, bukan sekadar kempen kesedaran, tetapi juga melalui pelaksanaan program bersama yang lebih menyeluruh.

Penonton berpeluang menyertai wakaf media dengan mudah melalui imbasan kod QR yang dipaparkan di skrin televisyen atau di mana-mana platform media digital TV AlHijrah.

Dana wakaf yang terkumpul akan disalurkan khusus bagi membiayai kos penerbitan rancangan-rancangan dakwah dan program Islamik di TV AlHijrah iaitu Quran@114 dan Hadith@114.

Setiap sumbangan wakaf penonton akan terus menjadi sebahagian daripada usaha melahirkan kandungan siaran yang bermanfaat, memperluas capaian dakwah, dan memberi impak berpanjangan kepada ummah.

“Jika kita boleh melazimi sedekah harian, maka wakaf tunai adalah sedekah berpanjangan yang tidak putus ganjarannya. Inilah peluang untuk kita menyumbang walaupun sedikit, kerana nilai kecil yang terkumpul mampu membina sesuatu yang besar demi manfaat agama, bangsa dan negara,” ujar Namanzee.

TV AlHijrah dan YWM yakin wakaf tunai bagi pelaksanaan wakaf media akan berkembang sebagai salah satu teras pengukuhan ekonomi umat Islam, sambil menghidupkan budaya berkongsi rezeki dan menyalurkan keberkatan kepada masyarakat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading