Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WAN AHMAD FAYHSAL DIGANTUNG ENAM BULAN DARI DEWAN RAKYAT – SPEAKER

DALAM NEGARA

WAN AHMAD FAYHSAL DIGANTUNG ENAM BULAN DARI DEWAN RAKYAT – SPEAKER

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal- Foto FB Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, selepas usul menggantung beliau dari Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan mendapat sokongan 110 ahli Parlimen manakala 63 tidak bersetuju menerusi undi belah bahagian, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Usul itu dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, susulan tindakan Wan Ahmad Fayhsal yang membangkitkan isu sepucuk surat layang di Dewan Rakyat, kononnya mengenai dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Wan Ahmad Fayhsal berbuat demikian semasa perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 pada 1 Julai.

Wan Ahmad Fayhsal turut menamakan individu berkenaan yang dipetiknya daripada surat layang berkenaan, yang merupakan pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading