SINGGAHSANA MILIKI DARJAT TINGGI, DIPAHAT 99 NAMA ALLAH
KUALA LUMPUR: Singgahsana yang menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong pada setiap kali istiadat pertabalan, memiliki darjat yang tinggi sesuai dengan kedudukan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Utama Negara.
Singgahsana dalam Balairung Seri Istana Negara. — Bernama
KUALA LUMPUR: Singgahsana yang menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong pada setiap kali istiadat pertabalan, memiliki darjat yang tinggi sesuai dengan kedudukan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Utama Negara.
Berkongsi keunikan singgahsana yang terletak di Balairong Seri Istana Negara itu, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Sophian Abd Rahman berkata singgahsana berkenaan ‘dipahat’ dengan 99 nama Allah dan strukturnya dibina dengan rekaan berkubah di bahagian atas.
“Istiadat pertabalan ini diwarisi turun temurun dan kita sedaya upaya cuba mengekalkan perjalanan istiadat, maksudnya daripada segi pergerakan yang begitu cermat, berjalan perlahan dengan ke hadapan kaki kanan dan ke belakang kaki kiri, naik tangga satu persatu dan turun tangga juga satu persatu.
“Apabila mempersembahkan Al-Quran, Keris Kerajaan, Titah Diraja kepada Yang di-Pertuan Agong ia harus cermat dengan menggunakan dua tangan. Ini ketertiban dan santun yang kita belajar daripada nenek moyang kita sebenarnya,” katanya dalam temu bual bersama Bernama TV di sini, baru-baru ini.
Menyentuh mengenai Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Sabtu ini, Sophian berkata acara itu cukup istimewa buat Sultan Ibrahim, kerana bakal melalui proses bersejarah sama seperti ayahanda Seri Paduka Baginda Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 1984.
Sophian berkata Yang di-Pertuan Agong menjadikan istiadat yang berlangsung 40 tahun lepas itu sebagai pedoman, kerana Sultan Ibrahim sangat menghormati dan menyanjung almarhum ayahanda Seri Paduka Baginda.
Beliau berkata ini termasuk persalinan pakaian istiadat yang dipanggil Muskat, Tengkolok Diraja, Keris Pendek Diraja yang menjadi elemen penting yang digunakan sebagaimana istiadat pertabalan Almarhum Sultan Iskandar dahulu.
Sophian berkata Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pula akan memakai Gendik (Tiara) Diraja yang diperbuat daripada emas putih bertatah berlian serta Kalung Diraja yang boleh ditukar sebagai loket, kerongsang dan anting-anting.
“Segala persalinan dan alat kebesaran yang digunakan pada istiadat pertabalan ini menunjukkan kehebatan sesuai dengan kedudukan darjat Seri Paduka Baginda berdua,” katanya.
Berkhidmat lebih 13 tahun di Istana Negara, Sophian berkata Sultan Ibrahim yang menaiki takhta usai istiadat melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan, sangat mementingkan kebajikan petugas Istana Negara.
Beliau berkata Sultan Ibrahim menitahkan agar disediakan makan dan minum bagi petugas Istana Negara sebanyak lima kali sehari, dengan menggunakan peruntukan peribadi Seri Paduka Baginda sendiri.
“Sultan Ibrahim juga berkenan menambah elaun bagi petugas lain seperti bentara, pemandu, tukang masak daripada ‘poket’ Seri Paduka Baginda sendiri,” katanya.
Beliau berkata keperibadian Sultan Ibrahim itu menginsafkannya supaya sentiasa menjaga orang bawahan apabila menjadi seorang ketua.
Acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 bermula hari ini dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara pada 5.30 petang, diikuti Khutbah Jumaat Khas esok.
Selain itu, pada 20 Julai akan berlangsung Majlis Santapan Diraja di Istana Negara, manakala Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenaan untuk berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai.
Pameran Raja Kita akan diadakan di Muzium Negara pada 25 Julai sebelum acara-acara bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong diakhiri dengan Majlis Jamuan Teh Diraja pada 27 Julai di Istana Negara. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager