Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA HAMIL LIMA BULAN MAUT TERCAMPAK TENGAH JALAN

DALAM NEGARA

WANITA HAMIL LIMA BULAN MAUT TERCAMPAK TENGAH JALAN

Dalam kejadian jam 7.13 petang itu, Che Suriani Mahmod, 22, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Machang.

Keadaan motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kemuning – Bukit Bakar. (foto PDRM)

MACHANG: Seorang wanita hamil lima bulan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan dua kereta dalam kemalangan di Jalan Kemuning-Bukit Bakar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Mohd Adli Mat Daud berkata dalam kejadian 7.13 petang itu, Che Suriani Mahmod, 22, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Machang.

“Siasatan awal mendapati mangsa sedang menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC dari arah Kuala Krai telah memasuki laluan bertentangan sebelum terlanggar bahagian kiri sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki yang cuba mengelak mangsa.

“Mangsa yang hilang kawalan melanggar pula sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang wanita yang berada di belakang Proton Wira itu. Kejadian menyebabkan mangsa kemudian tercampak ke tengah jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading