Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA KRITIKAL TERPERANGKAP KEBAKARAN BILIK SEWA MENINGGAL DUNIA HARI INI

DALAM NEGARA

WANITA KRITIKAL TERPERANGKAP KEBAKARAN BILIK SEWA MENINGGAL DUNIA HARI INI

Seorang wanita yang kritikal selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa bangunan empat tingkat di Jalan Plaza Mahkota, Melaka, Khamis lepas, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka hari ini.

MELAKA: Seorang wanita yang kritikal selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa bangunan empat tingkat di Jalan Plaza Mahkota di sini Khamis lepas, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Azliha Ngah Ariffin, 40, yang beralamat di Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak meninggal dunia pada 12.44 tengah hari tadi.

“Mayat kini dalam proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khamis lepas, dua kanak-kanak perempuan dipercayai adik-beradik meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa berkenaan.

Nur Riaisha Zahra Abdullah, 2, dan Nuralia Karisa Abdullah, 12, bersama ibu mereka, Azliha, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota bomba di tingkat tiga bangunan rumah kedai itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading