Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MYANMAR MAUT, DITIKAM ADIK IPAR SENDIRI

DALAM NEGARA

WANITA MYANMAR MAUT, DITIKAM ADIK IPAR SENDIRI

SUBANG JAYA: Seorang wanita warganegara Myanmar maut ditikam adik iparnya, gara-gara menguraikan pertelingkahan sepasang suami isteri, di Court 4, USJ 7, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supritendan Amihizam Abdul Shukor berkata, pertengkaran suami isteri itu bermula kira-kira jam 7 malam.

Ia berpunca daripada suspek berang dengan isterinya, 33 tahun, kerana tidak menyediakan makanan yang mencukupi.

Suspek juga dipercayai dalam keadaan mabuk, dan terus mengamuk dengan menarik rambut dan menumbuk kepala isterinya.

Dalam masa yang sama, mangsa, 45 tahun, turut berada di ruang tamu itu cuba untuk menenangkan suspek tetapi ditikam di bahagian belakang mangsa.

Suspek juga warganegara Myanmar, 42 tahun, terus melarikan diri selepas kejadian, bagaimanapun berjaya ditahan di bahagian tingkat bawah rumah.

Polis juga mengesahkan ketiga-tiga mereka didapati bekerja di sebuah kilang sarung tangan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading