Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PUTERA ARAB SAUDI MENJADI ORANG PERTAMA TERIMA VAKSIN COVID-19

DUNIA

PUTERA ARAB SAUDI MENJADI ORANG PERTAMA TERIMA VAKSIN COVID-19

RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman menjadi individu yang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 di negara itu.

Menurut laporan agensi berita SPA, suntikan yang diterima Putera Mohammed adalah sebahagian daripada rancangan imunisasi nasional yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq Al-Rabiah berterima kasih kepada putera mahkota atas ketekunan dan kepekaan yang berterusan bagi menyediakan keperluan vaksin kepada rakyat Arab Saudi.

“Apa yang kita lihat hari ini adalah satu bentuk kejayaan yang dicapai oleh kerajaan sejak pandemik COVID-19 bermula Mac lalu.

“Ini juga salah satu perkembangan terpenting dalam Wawasan 2030 iaitu memberi kesedaran bahawa pencegahan lebih baik daripada menyembuhkan,” kata Tawfiq.

Tambah Tawfiq, kejayaan ini dicapai dengan peningkatan langkah berjaga-jaga sambil mengutamakan kesihatan orang ramai yang diambil oleh kerajaan Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi juga berusaha dalam menyediakan vaksin yang selamat dan dipersetujui di peringkat antarabangsa dalam tempoh masa singkat untuk diberikan kepada rakyat.

“Kecekapan ini menjadikan Arab Saudi sebagai salah satu negara terbaik di dunia dalam menangani pandemik COVID-19,” ujarnya.

–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading