TIADA JEMAAH UMRAH POSITIF COVID-19 – ARAB SAUDI

Lima juta jemaah telah memasuki Makkah untuk tunai umrah sejak September 2020.

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan, tiada mana-mana jemaah umrah yang dilapor dijangkiti virus COVID-19 sewaktu menunaikan ibadah itu.

Perkara itu dimaklumkan menterinya, Mohammed Saleh Benten.

Setakat ini, sejumlah lima juta jemaah umrah dalam dan luar negara itu telah menunaikan ibadah berkenaan, sejak ia dibuka berperingkat-peringkat beberapa bulan lalu.

Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kembali dibuka untuk tujuan umrah dalam tempoh suku terakhir 2020 selepas ditutup sejak Mac lalu berikutan penularan COVID-19.

Umrah ditunaikan dengan SOP ketat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Imej: AFP

Pun begitu, ia dibuka bagi musim haji lepas, namun jemaah haji adalah dalam kalangan yang terpilih sahaja, dan tidak dibuka kepada jemaah luar Arab Saudi.

Musim haji tahun ini juga tidak merekodkan sebarang kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaah yang menunaikannya.

Leave a Reply