Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA RENTAS NEGERI JUMPA TEMAN LELAKI DISYAKI BERKHALWAT

DALAM NEGARA

WANITA RENTAS NEGERI JUMPA TEMAN LELAKI DISYAKI BERKHALWAT

SUNGAI PETANI: Semata-mata mahu melakukan perbuatan terkutuk dengan pasangan, seorang remaja wanita sanggup merentas negeri untuk berjumpa teman lelaki yang baru sahaja dikenali seminggu lalu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, dalam satu serbuan kira-kira 1.05 pagi hari ini, gadis berusia 17 tahun itu ditemui bersembunyi dalam bilik air rumah sewa teman lelakinya dalam keadaan bogel, di Kampung Pondok Labu, Kulim, Kedah.

Anwar berkata, teman lelakinya berusia 22 tahun itu pada mulanya menjemput pasangan yang baru dikenalinya dalam tempoh seminggu itu di Juru, iaitu tempat gadis tersebut bekerja sebagai pembantu kedai makan.

“Mereka mengaku baru berkenalan melalui aplikasi WhatsApp seminggu lalu, lelaki yang bekerja di kilang ayam di Juru, Pulau Pinang itu menjemput gadis terbabit untuk ke rumah sewa di Kulim melalui laluan lorong tikus,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Hasil daripada pemeriksaan mendapati kedua-dua bersekedudukan tanpa ikatan suami isteri yang sah, lalu mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading