Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS OKU MAUT DALAM KEBAKARAN

DALAM NEGARA

WARGA EMAS OKU MAUT DALAM KEBAKARAN

Seorang wanita warga emas maut manakala tiga lagi ahli keluarganya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Emas Murni, Terengganu awal pagi tadi.

MARANG: Seorang wanita warga emas maut manakala tiga lagi ahli keluarganya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Emas Murni, Terengganu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang Supt Mohd Sofian Redzuan berkata mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian 4 pagi itu ialah Razaidah Mohamad, 78.

Beliau berkata Razaidah yang juga orang kurang upaya (OKU) mental dipercayai maut akibat sesak nafas, selepas terperangkap di dalam bilik tidurnya di bahagian belakang rumah.

“Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam menerusi talian kecemasan 999 pada 4.30 pagi, memaklumkan berlaku kebakaran di sebuah kediaman didiami empat sekeluarga.

“Siasatan mendapati mangsa tinggal bersama anak perempuan dan dua cucunya yang juga OKU mental, pembelajaran dan pelbagai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Sofian berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk bedah siasat manakala tiga ahli keluarga lain yang berjaya diselamatkan orang awam turut dirawat di hospital sama.

Beliau berkata anggaran kemusnahan sekitar 60 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Mohd Sofian turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga terutama berkait keselamatan di kediaman memandangkan risiko kebakaran pada musim panas yang agak tinggi ketika ini. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading