Connect with us

ALHIJRAH NEWS

‘WHISTLEBLOWER’ DAKWA MAKLUMAT SULIT PETRONAS DIHANTAR KEPADA PETROS

EKONOMI

‘WHISTLEBLOWER’ DAKWA MAKLUMAT SULIT PETRONAS DIHANTAR KEPADA PETROS

Petronas menerima aduan menerusi saluran pemberi maklumat (whistleblowing) berhubung tindakan bekas pengurusnya, Mohd Khairul Akmal Mohd Jasni, yang didakwa menghantar maklumat sulit syarikat kepada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa Petronas menerima aduan menerusi saluran pemberi maklumat (whistleblowing) berhubung tindakan bekas pengurusnya, Mohd Khairul Akmal Mohd Jasni, yang didakwa menghantar maklumat sulit syarikat kepada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Pengurus Kanan Complaint Management Petronas, Laila Badriah Razali berkata, aduan itu diterima melalui e-mel pada 6 Disember 2024, memaklumkan tertuduh didakwa menghantar maklumat sulit berkaitan prestasi suku pertama 2024 bagi Upstream Business Petronas kepada PETROS menerusi e-mel peribadinya pada 8 Jun 2024.

“Maklumat tersebut dihantar kepada dua alamat e-mel pada 8 Jun 2024. Aduan tersebut hanya diterima oleh pihak kami pada 6 Disember 2024 dan sebelum tarikh tersebut, kami tidak pernah menerima sebarang aduan yang serupa termasuk pada Jun 2024,” katanya ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes itu hari ini.

Laila Badriah berkata, aduan berkenaan kemudian dirujuk kepada Ketua Pegawai Integriti sebelum dipanjangkan kepada Bahagian Human Resource-Industrial Relations (HR-IR) untuk siasatan lanjut.

Beliau turut menjelaskan semakan mendapati pengadu pada asalnya menghantar aduan sama pada 8 Jun 2024, namun e-mel berkenaan telah ditarik balik sebelum sempat didaftarkan sebagai kes.

Mohd Khairul Akmal, 41, didakwa cuba mendedahkan dokumen bertajuk Q1 2024 Upstream Business Performance Operational & Financial kepada PETROS pada 8 Jun 2024.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid bersambung pada 22 September ini. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in EKONOMI

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading