GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi memberi amaran terhadap sikap ambil mudah dalam memerangi COVID-19, menggesa supaya penyelarasan tindakan dan komitmen politik dibuat bagi menyelamatkan nyawa serta mencegah kemerosotan ekonomi serta kesihatan akibat pandemik semasa.
“Pandemik (COVID-19) belum berakhir, namun sudah nampak pengakhirannya… Dapat melihat penghujungnya tidak bermakna kita berada di penghujung,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat akhbar pada Khamis, lapor Xinhua.
Beliau berkata pandemik itu masih menyebabkan 10,000 kematian setiap minggu, kebanyakannya boleh dicegah, manakala jurang vaksinasi yang besar berlaku, terutama di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
“Ini bermakna semua orang perlu menggunakan, apabila perlu, alat mudah yang tersedia untuk kekal selamat, penjarakan sosial, pelitup muka serta pengudaraan. Ini bermakna semua orang memerlukan akses kepada alat perubatan untuk kekal selamat: vaksin, ujian dan rawatan,” katanya.
Ketua WHO mengeluarkan amaran itu susulan laporan baharu Majlis Penggerak Kemudahan-ACT pada Khamis bahawa pandemik global belum berakhir dan belum masanya untuk berpuas hati dengan COVID-19.
Diasaskan bersama oleh WHO dan rakan kongsi, ACT ialah kerjasama global untuk mempercepat pembangunan, pengeluaran dan akses saksama kepada ujian, rawatan dan vaksin COVID-19.
Laporan itu merumuskan bahawa banyak negara masih jauh ketinggalan daripada mencapai sasaran global mengenai liputan vaksinasi, kadar ujian, dan akses kepada rawatan dan PPE. Walaupun ada kemajuan, ancaman global COVID-19 masih belum selesai, terutama dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi di negara berpendapatan rendah.
Menurut laporan itu, kadar vaksinasi COVID-19 di negara berpendapatan rendah hanya 19 peratus, berbanding hampir 75 peratus di negara berpendapatan tinggi; dan pelancaran rawatan baharu COVID-19 yang menyelamatkan nyawa termasuk antivirus oral di negara berpendapatan rendah dan sederhana rendah masih terhad atau tidak wujud.
Sebagai langkah jangka panjang, kumpulan kerja itu juga mengesyorkan supaya akses saksama disediakan bagi menangani COVID-19 selain persediaan bagi menyepadukan pengurusan virus dalam sistem kesihatan utama.
Jumlah orang yang membuat ujian juga menurun, selain kurang akses saksama kepada rawatan antivirus baharu untuk COVID-19, menurut laporan itu.
Oleh itu, diagnostik dan terapeutik, selain strategi ujian untuk merawat, merupakan komponen penting dalam tindakan pandemik, untuk COVID-19 serta ancaman kesihatan masa depan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager