Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA WARGA EMAS MAUT DIPIJAK GAJAH LIAR DI TAWAU

DALAM NEGARA

WANITA WARGA EMAS MAUT DIPIJAK GAJAH LIAR DI TAWAU

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi sewaktu mangsa Samsiah Arshad, 67, dalam perjalanan bersama suami Tahir Salleh, 60-an menaiki motosikal dari Kampung Hidayat Batu 4 di sini menuju ke Kongsi 4 Ladang Kelapa Sawit Cenderamata untuk melawat cucu mereka.

Sumber gambar: TawauKini

TAWAU: Seorang wanita warga emas maut dipercayai akibat dipijak seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merota-Kalabakan dekat sini pagi tadi.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi sewaktu mangsa Samsiah Arshad, 67, dalam perjalanan bersama suami Tahir Salleh, 60-an menaiki motosikal dari Kampung Hidayat Batu 4 di sini menuju ke Kongsi 4 Ladang Kelapa Sawit Cenderamata untuk melawat cucu mereka.

Dalam kejadian itu suami mangsa selamat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau, Primus Lambut berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes gajah liar mengamuk di kawasan Dumpas.

“Gajah ini bukan gajah betina bunting yang sebelum ini pernah dilaporkan sesat memasuki kawasan pekan Merotai kerana gajah itu sudah dihalau ke hutan…gajah ini lain, ia tidak memakai kolar,” katanya lagi. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading