Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOB LOKMAN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

BOB LOKMAN MENINGGAL DUNIA

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Telah kembali ke Rahmatullah Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini.”

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon tanah air, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman meninggal dunia, hari ini di Kubang Kerian, Kelantan.

Perkara tersebut turut dikongsi kumpulan nasyid Inteam serta pendakwah Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Telah kembali ke Rahmatullah Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini.

“Semoga Allah merahmati Roh Almarhum Abg Bob Lokman,” menerusi hantaran di Facebook Inteam.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Katanya, Allahyarham yang merupakan seniman tanah air aktif dalam melakukan kerja-kerja dakwah.

“Mulia Abang Bob Lokman dijemput Ilahi pada penghulu segala hari, Jumaat barakah.

“Semoga segala amal ibadah dan bakti diterima-Nya dan moga Allah Taala menempatkan Almarhum bersama sekalian hamba-Nya yang soleh,” katanya menerusi hantaran beliau di Facebook.

Media sebelum ini melaporkan Allahyarham berusia 58 tahun itu mengalami penyakit jantung serta masalah buah pinggang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading