Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ZIONIS BUKA PEKUNG SENDIRI, DEDAH BUNUH RAKYAT GAZA SESUKA HATI

DUNIA

ZIONIS BUKA PEKUNG SENDIRI, DEDAH BUNUH RAKYAT GAZA SESUKA HATI

“Kami terima arahan untuk menembak sesiapa sahaja yang memasuki ‘kawasan larangan’”. Itu pendedahan seorang askar simpanan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang membongkar kekejaman sebenar yang dilakukan ke atas penduduk Gaza.

Sumber: AFP

LONDON: “Kami terima arahan untuk menembak sesiapa sahaja yang memasuki ‘kawasan larangan’”.

Itu pendedahan seorang askar simpanan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang membongkar kekejaman sebenar yang dilakukan ke atas penduduk Gaza.

“Kami menerima arahan untuk menembak sesiapa sahaja yang melepasi ‘kawasan larangan’ dan turut diarahkan untuk menanda garisan sempadan yang tidak kelihatan berhampiran kawasan orang awam.

“Mereka terpaksa akur dengan ‘garisan’ tersebut jika tidak mahu ditembak malah ada juga golongan seperti kanak-kanak dan remaja yang tidak mengetahui tentang penubuhan sempadan itu,” katanya dalam satu temu bual ‘eksklusif’ bersama wakil Sky News.

Askar tersebut turut memaklumkan, keputusan untuk melepaskan tembakan bergantung kepada ‘mood’ komander yang bertugas kerana arahan itu sering berubah.

Komander atau pegawai atasan juga diberi kuasa untuk membuat peraturan sendiri meskipun ia melibatkan nyawa orang awam, tambahnya.

Segala keputusan yang dibuat juga tidak akan dikenakan tindakan malah seluruh anggota IIDF beranggapan penduduk Gaza sebagai sasaran yang sah dan boleh dibunuh sesuka hati.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading