More in DUNIA
-
DUNIA
MARI KENALI BAKAL PERDANA MENTERI BAHARU NEGARA HARAM ISRAEL
Gadi Eisenkot diberi peluang pertama membentuk kerajaan baharu Israel selepas memperoleh sokongan 67 anggota Knesset. Namun...
-
DUNIA
TRUMP DAKWA PERJANJIAN DAMAI RUSIA-UKRAINE HAMPIR DICAPAI
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata perjanjian damai yang sedang diusahakan itu berpotensi melibatkan negara-negara...
-
DUNIA
18 PENERBANGAN DI EROPAH TERIMA ANCAMAN BOM
E-mel ancaman bom itu ditandatangani kumpulan "Fighters of the Male State", yang dikaitkan dengan kandungan berunsur...
-
DUNIA
TRUMP PERTAHAN TERUSKAN PERANG IRAN WALAU REPUBLIKAN KALAH PILIHAN RAYA
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mempertahankan keputusan untuk melancarkan dan meneruskan kempen ketenteraan itu dengan...
-
DUNIA
SEMBILAN MAUT DALAM NAHAS PESAWAT DI FLORIDA, AS
Sebuah pesawat yang membawa sembilan orang terhempas di sebuah kawasan perumahan di Florida pada Ahad, mengorbankan...

PALO ALTO (California) 25 Jun – Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mendedahkan beliau tidak pernah menjangka Facebook akan berkembang menjadi sebuah syarikat besar kerana beliau percaya keusahawanan adalah mengenai mewujudkan perubahan dan bukan setakat mewujudkan syarikat.
Menekankan perkara ini pada hari terakhir Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Ke-7 (GES 2016) mulai 22 hingga 24 Jun, beliau berkata, usahawan yang berjaya prihatin mengenai perubahan yang cuba mereka wujudkan di dunia.
Menurutnya, dunia perlu melakukan sesuatu yang lebih baik untuk memperkasa penduduk di pelbagai negara untuk mengembangkan kesalinghubungan.
“Jika anda membesar dan tidak pernah menggunakan komputer atau mempunyai akses ke Internet, adalah sukar untuk menggambarkan apa yang anda telah hilang. Perkara utama yang saya beri tumpuan ialah kesalinghubungan,” katanya.
Zuckerberg yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Facebook telah berkongsi pentas dengan Presiden AS, Barack Obama semasa perbincangan panel mengenai keusahawanan di sidang kemuncak itu.
Facebook mula dilancar dari bilik asrama Zuckerberg di Universiti Harvard pada Februari 2004 dan telah berkembang menjadi sebuah syarikat rangkaian sosial bernilai berbilion dolar.
BERNAMA