Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

10 AKTIVIS MALAYSIA KEKAL DI TURKIYE, SEDIA GELOMBANG PELAYARAN KEDUA – SNCC

DALAM NEGARA

10 AKTIVIS MALAYSIA KEKAL DI TURKIYE, SEDIA GELOMBANG PELAYARAN KEDUA – SNCC

“Misi ini bukan misi yang senang. Justeru tugasan kita di lapangan sekarang ini adalah untuk kita menyusun kapal-kapal yang boleh kita serapkan kumpulan-kumpulan yang telah pun dibawa ke Turkiye”.

SEPANG: Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan bahawa kesemua 10 aktivis warga Malaysia yang kini berada di Istanbul tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah SNCC, Dato’ Dr. Sani Araby sebaliknya berkata, mereka akan diberikan tugasan baharu untuk menyertai gelombang kedua pelayaran memandangkan mereka antara kumpulan berpengalaman dalam menghadapi misi mencabar ini.

“Untuk 10 orang ini kita memaklumkan mereka tidak pulang dan kita akan berikan tugasan dari masa ke semasa dan kita akan maklumkan pelayaran pada bila masa yang sesuai”.

10 Aktivis termasuk Zainal Rashid Ahmad dan Musa Al-Nuwayri sebelum ini diculik oleh Rejim Israel selepas kapal dinaiki mereka dipintas di perairan antarabangsa berhampiran Greece, 1 Mei lalu.

Kesemua mereka kini  berada dalam keadaan stabil dan telah menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di Turkiye.

“Misi ini bukan misi yang senang. Justeru tugasan kita di lapangan sekarang ini adalah untuk kita menyusun kapal-kapal yang boleh kita serapkan kumpulan-kumpulan yang telah pun dibawa ke Turki”.

Berkongsi tentang perkembangan 21 kapal yang disabotaj oleh rejim Israel sebelum ini, sebuah kapal (Goleta) disahkan karam, manakala tiga buah kapal berjaya ditunda oleh kapal Open Arm dari Barcelona dalam keadaan teruk.

17 kapal lagi masih berada di lautan dan usaha menunda sedang giat dijalankan.

“Dengan 17 kapal yang belum ditunda ini, ini kita boleh katakan bahawa bukan senang untuk menunda kapal yang sudah pun disabotaj dan dirosakkan secara sengaja oleh pihak Rejim”.

Jelas Dato’ Dr. Sani, pelayaran Gelombang kedua dari Turkiye itu akan digerakkan pada bila -bila masa dan akan dimaklumkan pihaknya kelak – AlHijrah Online

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading