Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

144 KAWASAN DI GOMBAK, KL DIJANGKA ALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL

DALAM NEGARA

144 KAWASAN DI GOMBAK, KL DIJANGKA ALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL

Kerja-kerja pembaikan injap bocor itu akan dilaksanakan bermula 11 pagi esok (30 Mac) dan dijangka siap sepenuhnya pada 9 malam hari yang sama.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching di sini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja pembaikan injap bocor itu akan dilaksanakan bermula 11 pagi esok (30 Mac) dan dijangka siap sepenuhnya pada 9 malam hari yang sama.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 9 pagi, 31 Mac,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan itu dilaksanakan.

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” menurut kenyataan itu.

Perkembangan berkaitan gangguan bekalan air itu akan dimaklumkan menerusi medium komunikasi rasmi Air Selangor dan laman sesawang http://www.airselangor.com. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading