Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAKYAT THAILAND MASUK KE MALAYSIA PERLU GUNA MYSEJAHTERA

DALAM NEGARA

RAKYAT THAILAND MASUK KE MALAYSIA PERLU GUNA MYSEJAHTERA

Bermula 1 April ini, rakyat Thailand yang ingin memasuki Malaysia perlu mendaftar dalam aplikasi MySejahtera, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sumber Gambar: BERNAMA

PADANG BESAR: Bermula 1 April ini, rakyat Thailand yang ingin memasuki Malaysia perlu mendaftar dalam aplikasi MySejahtera, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kata Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais.

“Daripada maklumat yang saya terima daripada pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Kesihatan negeri (JKNPs), pintu sempadan di Wang Kelian, Perlis, hanya untuk kemasukan daripada rakyat Thailand,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di pintu sempadan Wang Kelian, di sini, hari ini.

Beliau berkata Jabatan Imigresen Perlis akan membuat pemeriksaan suhu badan dan mengambil maklumat warga Thailand yang memasuki negara ini.

“Hanya pelancong yang datang melancong lebih daripada lima hari sahaja dibenarkan masuk ke  Malaysia,” katanya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan membuka semula sempadan negara mulai 1 April.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading