“Kita jangan padam semua norma-norma baharu ini, kebersihan diri misalnya. Contohnya pakai pelitup muka, kalau di Jepun ia lazim, dulu pun kita rasa pakai pelitup muka ini macam (amalan) yang asing, tetapi sekarang kalau tak bawa pelitup muka, kita rasa ada yang tak kena, jadi elok kita teruskan amalan ini,”
KUALA LUMPUR: Fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini bukan bermakna rakyat Malaysia melupakan norma baharu yang menjadi amalan sepanjang lebih dua tahun ini susulan pandemik COVID-19.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat sebaliknya perlu terus mengekalkan amalan positif termasuk soal penjagaan kebersihan diri.
“Kita jangan padam semua norma-norma baharu ini, kebersihan diri misalnya. Contohnya pakai pelitup muka, kalau di Jepun ia lazim, dulu pun kita rasa pakai pelitup muka ini macam (amalan) yang asing, tetapi sekarang kalau tak bawa pelitup muka, kita rasa ada yang tak kena, jadi elok kita teruskan amalan ini,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Responsif: Peralihan Ke Fasa Endemik yang disiarkan melalui TV1 malam ini.
Annuar berkata dasar norma baharu seperti bekerja dari rumah dan membeli secara dalam talian juga boleh dijadikan budaya jika dirasakan bersesuaian.
“Begitu juga dengan sistem pengudaraan di dalam bangunan, dahulu kalau nak membina bangunan tiada siapa yang peduli tentang ini, tetapi kini ia menjadi antara perkara yang perlu diberi perhatian, ini semua boleh kita teruskan dan buat ubah suai mana yang sesuai,” katanya.
Ditanya mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang mungkin boleh dilaksanakan apabila lebih banyak kelonggaran terhadap prosedur operasi standard mulai 1 April ini, Annuar berkata kerajaan perlu melihat keperluan pilihan raya tersebut diadakan.
“Bila ia perlu berlaku, itu atas pertimbangan kerajaan, pertama jika ia sudah cukup tempoh atau belum, jika sudah, maka ia patut diadakan.
“Kedua, adakah situasi semasa mengizinkan proses demokrasi itu berjalan, jika keadaan keselamatan mengizinkan, ia boleh diadakan atau tidak, kerajaan perlu buat keputusan, semasa proses transisi ini adalah masa paling baik untuk kerajaan merenung sama ada ia boleh diadakan atau tidak,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, proses untuk membubarkan Parlimen bukan perkara kecil dan perlu mengambil kira kesan kepada negara termasuk pelaburan ke dalam negara, dasar-dasar yang sedang berjalan dan pertumbuhan ekonomi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests