KPT MINTA PENJELASAN UITM BERHUBUNG PENSYARAH HINA PELAJAR B40

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah meminta pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menjelaskan berhubung video tular seorang pensyarah UiTM memperlekeh pelajar dari golongan B40.

Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi ciapan di Twitter berkata, beliau telah mengambil maklum berkenaan isu serta video yang tular tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN – PENSYARAH PERLEKEH PELAJAR B40 BERDEPAN TINDAKAN – UITM

“Saya ambil maklum berkenaan isu dan video yang tular.

“Saya telah berhubung dengan pihak UiTM untuk meminta penjelasan mereka,” katanya.

Terdahulu, sebuah video tular memaparkan seorang pensyarah UiTM memperlekeh golongan B40.

Dalam video itu, pensyarah tersebut memarahi seorang pelajar kerana tidak memiliki komputer riba.–AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply