PENSYARAH PERLEKEH PELAJAR B40 BERDEPAN TINDAKAN – UITM

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah yang telah memperkelehkan seorang mahasiswa dari golongan B40 kerana tidak mempunyai komputer riba semasa sesi kelas dalam talian.
Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata pihaknya telah meneliti isu tersebut dan tindakan akan dibuat.
ARTIKEL BERKAITAN – KPT MINTA PENJELASAN UITM BERHUBUNG PENSYARAH HINA PELAJAR B40
“Saya difahamkan kejadian tersebut berlaku pada semester lalu namun ianya ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuat naik semalam.
āBagaimanapun pihak kami telahpun mengambil tindakan terhadap isu tersebut,ā katanya dalam video yang dimuat naik di YouTube UiTM.
Menurut Roziah, pensyarah yang tular itu berkhidmat sebagai kakitangan kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak yang mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).
āDia dah bersara sebagai pensyarah biasa, tapi pada semester lepas dia merupakan pensyarah kontrak,ā katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan media, UiTM menyatakan universiti itu amat prihatin dengan keperluan para pelajar terutamanya dalam pembelajaran norma baharu.
Roziah juga menyeru agar para pelajar yang berhadapan sebarang masalah untuk berhubung dengan pihak fakulti dan universiti bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan sewajarnya bagi melancarkan proses pembelajaran.āAlHijrah Online