22 INDIVIDU, TERMASUK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF GISBH MENGAKU TIDAK BERSALAH
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
SHAH ALAM: Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Kesemua mereka terdiri daripada 12 lelaki dan sembilan wanita, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar selepas pertuduhan dibacakan semula secara berasingan sejurus kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.
Dua belas tertuduh lelaki yang membuat pengakuan itu ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohd Shukri Mohd Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, Mohamad Sayuti Omar, 36, Mohd Fazil Md Jasin, 58, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari, 33, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.
Sembilan tertuduh wanita pula ialah Hamimah Yakub, 72, Azura Md Yusof, 58, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, 45, Mahani Kasim, 55, Siti Salmiah Ismail, 58, Siti Hajar Ismail, 52, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28, Nurul Jannah Idris, 29 dan Nur Jannah Omar, 33.
Mengikut pertuduhan mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang pada Oktober 2020 hingga 11 Sept lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara antara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kesalahan tersebut di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.
Peguam Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili 21 tertuduh kecuali Hamimah kemudian memaklumkan pihaknya dalam proses melengkapkan permohonan jaminan bagi 21 individu terbabit.
“Daripada jumlah berkenaan, 17 telah difailkan namun belum teratur dengan kami akan memasukkan afidavit seperti sijil kesihatan.
“Sementara, empat lagi permohonan akan difailkan minggu ini. Semuanya akan dilengkapkan dalam tempoh seminggu sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.
Susulan itu, mahkamah menetapkan 17 Mac ini bagi mendengar hujahan permohonan jamin bagi 21 tertuduh kecuali Hamimah yang pada 13 Jan lepas, diberikan ikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin.
Pada 23 Okt 2024, Nasiruddin, Azura, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari dan 19 pemimpin tertinggi GISBH itu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, masing-masing atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020.
Ketika sebutan, kesemua ahli mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun dengan tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager