Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA SEKELUARGA TERMASUK EMPAT KANAK-KANAK MAUT DALAM KEBAKARAN DI JASIN

DALAM NEGARA

LIMA SEKELUARGA TERMASUK EMPAT KANAK-KANAK MAUT DALAM KEBAKARAN DI JASIN

Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai di Jasin, hari ini. 

JASIN: Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini hari ini. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 1.40 pagi tadi sebelum 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, rumah separuh kekal berkeluasan 20×60 kaki persegi itu telah pun 80 peratus terbakar.

“Siasatan awal menemukan lima mayat iaitu seorang wanita dewasa dan empat kanak-kanak manakala seorang lelaki dewasa terselamat,” menurut kenyataan itu.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading