24 PELAJAR ALAMI PENING, MUNTAH DIPERCAYAI AKIBAT PENCEMARAN KIMIA
Seramai 24 pelajar dan dua petugas kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini mengalami pening dan muntah selepas dipercayai terhidu bau pencemaran kimia di sekolah itu semalam.
Anggota bomba dan unit HAZMAT mengesan punca pencemaran sisa kimia yang menyebabkan lebih 20 pelajar SK Sungai Tiram mengalami pening dan muntah. – Foto ihsan Bomba
JOHOR BAHRU: Seramai 24 pelajar dan dua petugas kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini mengalami pening dan muntah selepas dipercayai terhidu bau pencemaran kimia di sekolah itu semalam.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Ramli berkata dua guru sekolah itu turut mengalami pening dalam insiden berkenaan.
Beliau berkata sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.13 petang, seramai 17 anggota termasuk Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati ada beberapa mangsa mengalami pening dan muntah dan PKO bertindak membuat penilaian bagi mencari punca bau pencemaran itu. Kesemua pelajar dan guru diarah meninggalkan kawasan sekolah dengan segera serta mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.
“PKO bertindak membuat bacaan udara di lokasi kejadian secara berkala bersama pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor. Fokus utama melibatkan keluasan radius lima kilometer di sekitar sekolah memandangkan punca bahan masih belum ditemui,” menurutnya dalam kenyataan semalam.
Mohd Faiz berkata antara langkah yang dilakukan HAZMAT untuk mengenal pasti punca pencemaran ialah membuat pengesanan akhir termasuk menggunakan pengesan jarak jauh, gasmet dan rad di beberapa sektor yang ditetapkan.
“Pada kira-kira 6 petang semalam, tindakan pengesanan telah dilakukan di lima sektor. Pengesanan di sektor lima iaitu di kawasan sebuah kilang dengan menggunakan gasmet GT5000 mendapati terdapat peningkatan bacaan metil mercaptan sebanyak 50 ppm (bahagian setiap juta).
“Setelah membuat penilaian di lokasi terdapat peningkatan bacaan metil mercaptan itu, didapati berlaku aktiviti pembakaran tangki IBC yang mengandungi bahan buangan dalam bentuk pepejal dan cecair serta pelupusan bahan pepejal dan sisa cecair ke laluan tali air di sungai berhampiran,” katanya.
Beliau berkata hasil penemuan itu, operasi seterusnya diserah kepada pihak JAS Negeri Johor untuk tindakan lanjut. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.