Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM KANADA UMUM BERCERAI

DUNIA

PM KANADA UMUM BERCERAI

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, 51, mengumumkan perceraiannya dengan isteri, Sophie Gregoire, 48.

Gambar arkib (AFP)

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, 51, mengumumkan perceraiannya dengan isteri, Sophie Gregoire, 48.

Pengumuman berhubung perceraian itu dibuat menerusi media sosial Instagram pemimpin Kanada itu.

“Saya dan Sophie ingin kongsikan bahawa selepas melalui proses perbincangan yang teliti dan mencabar, maka kami putuskan untuk berpisah,” jelas Trudeau di Instagram.

“Sebagaimana sebelum ini, kami akan kekal rapat dengan kasih sayang dan saling menghormati sesama kami, dan untuk apa yang telah dan akan kami lakukan selepas ini.

Dalam hal anak-anak, kami harap privasi kami dan mereka dihormati,” jelas kenyataan itu lagi.

Kedua-duanya berkahwin pada Mei 2005 dan dikurniakan tiga anak. Xavier, 15, Ella-Grace, 14 dan Hadrien, 9.

Difahamkan, selepas berpisah, Sophie Gregoire akan berpindah ke Ottawa, manakala Trudeau akan kekal di Rideau Cottage. Kebanyakan masa anak-anak pasangan itu akan dihabiskan di kediaman bapanya. –Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading