Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MEMANDU SECARA BAHAYA DIBERKAS

DALAM NEGARA

LELAKI MEMANDU SECARA BAHAYA DIBERKAS

Seorang lelaki ditahan polis kerana memandu secara berbahaya, menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan merosakkan harta benda awam, awal pagi tadi.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan polis kerana memandu secara berbahaya, menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan merosakkan harta benda awam, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya telah menahan suspek yang berusia 31 tahun di sekitar Jalan Tebrau sekitar jam 4.41 pagi.

Dalam kejadian jam 2.00 pagi, polis terlebih dahulu bertindak dengan mengesan suspek yang sedang memandu kenderaan jenis Proton Persona dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek ingin melarikan diri daripada tujuh buah kenderaan peronda polis (MPV) Dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan yang mengekorinya sejauh 15 kilometer.

“Walaubagaimanapun, suspek berjaya ditangkap selepas kenderaan dipandunya merempuh pagar keselamatan di tepi jalan sebuah taman perumahan”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek yang mempunyai sembilan rekod jenayah dikesan positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading