3,000 anggota Daesh serah diri

Ramai ahli militan Daesh menyerah diri setelah kumpulan pengganas itu tewas di beberapa bandar yang mereka kuasai sebelum ini – Foto Sinar Harian

SYRIA, 13 Mac – Kira-kira 3,000 ahli kumpulan militan Daesh menyerah diri dalam tempoh 24 jam terakhir ketika tentera yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) berada di kubu kuat mereka di timur Syria, kata seorang jurucakap.

“Bilangan militan yang menyerah diri kepada kami sejak semalam (Isnin) telah meningkat kepada 3,000 orang,” tulis jurucakap Pasukan Demokratik Syria (SDF) Mustefa Bali di Twitter.

Selain itu, tiga wanita dan empat kanak-kanak minoriti Yazidi juga diselamatkan, katanya.

SDF meneruskan serangan, Ahad lalu, dengan sokongan pakatan diterajui AS, selepas memberi amaran kepada saki baki militan Daesh bahawa masa menyerah diri sudah tamat.

Sinar Harian memetik laporan agensi berita menyebutkan serangan udara dan tembakan berterusan disasarkan di Baghouz, tiga malam berturut-turut sehingga membunuh ramai pejuang dan memaksa ratusan militan dan ahli keluarga mereka menyerah diri.

Leave a Reply