Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

46.7 PERATUS POPULASI DEWASA SUDAH TERIMA VAKSIN COVID-19

DALAM NEGARA

46.7 PERATUS POPULASI DEWASA SUDAH TERIMA VAKSIN COVID-19

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Seramai 46.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos dan seramai 21.8 peratus pula telah mendapat dos yang penuh.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya memaklumkan pencapaian tersebut selari dengan sasaran yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama, ia perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksinasi lengkap berjaya dicapai.

Sementara itu, kadar pemberian vaksinasi harian merekodkan jumlah tertinggi setakat 22 Julai iaitu sebanyak 507,050 dos, terdiri daripada dos pertama 335,977 manakala dos kedua 171,073.

Pencapaian tersebut menjadikan jumlah individu menerima dos pertama setakat semalam, berjumlah 10,920,862 sementara 5,104,054 telah lengkap dua dos vaksinasi.

Sebelum ini, pemberian vaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya merekodkan pemberian dos harian sebanyak lebih 400,000 dos hampir setiap hari.

Muhyiddin memaklumkan bahawa dengan pengambilan vaksinasi dapat membantu mengurangkan beban kes di hospital serta mengurangkan kes-kes jangkitan yang teruk.

“Seterusnya melancarkan usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara, Insyaallah.

“Terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan terhadap PICK terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan PPV yang membantu melancarkan pelaksanaan program ini,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading