Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMBIL PESANAN NASI GANJA GUNA HELIKOPTER

DALAM NEGARA

AMBIL PESANAN NASI GANJA GUNA HELIKOPTER

IPOH: Sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya itu, hari ini.

Kehadiran helikopter yang dipercayai milik sebuah syarikat swasta bagi mengambil tempahan pelanggan dari Kuala Lumpur itu mengejutkan orang ramai kerana ia terbang rendah sebelum mendarat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid yang mengulas pendaratan helikopter itu berkata, semakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh didapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.

ARTIKEL BERKAITAN – ‘DATUK’ ANTARA INDIVIDU DIKENAL PASTI TERLIBAT ISU HELIKOPTER AMBIL ‘NASI GANJA’

“Helikopter tersebut didapati mendarat di Padang Ipoh pada pukul 9.55 hingga 10.15 pagi ini.

“Helikopter tersebut tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh. Kita sudah salurkan info ini kepada pihak CAAM Ipoh,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, pemilik kedai perniagaan nasi ganja terbabit mengesahkan menerima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, pada awalnya dia meragui tempahan itu benar atau gurauan kerana diberitahu pesanan akan diambil menggunakan helikopter.

ARTIKEL BERKAITAN – POLIS SIASAT HELIKOPTER RENTAS NEGERI AMBIL PESANAN NASI GANJA

“Saya agak ragu-ragu juga kerana tidak pernah ada pelanggan yang mengambil tempahan dengan menaiki helikopter. Namun saya terkejut kerana rupa-rupanya tempahan makanan memang benar diambil menggunakan helikopter.

“Ini pertama kali tempahan diambil oleh pelanggan menggunakan helikopter. Ini merupakan tempahan paling mewah yang pernah saya terima tetapi harganya tetap sama iaitu RM10 setiap bungkus,” katanya.

–AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: POLIS SIASAT HELIKOPTER RENTAS NEGERI AMBIL PESANAN NASI GANJA – ALHIJRAH ONLINE

  2. Pingback: ‘DATUK’ ANTARA INDIVIDU DIKENAL PASTI TERLIBAT ISU HELIKOPTER AMBIL ‘NASI GANJA’ – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading