‘DATUK’ ANTARA INDIVIDU DIKENAL PASTI TERLIBAT ISU HELIKOPTER AMBIL ‘NASI GANJA’

IPOH: Polis telah mengenal pasti individu yang terlibat termasuk seorang bergelar ’Datuk’ bagi memberi keterangan berhubung kejadian sebuah helikopter dari Kuala Lumpur mendarat di Padang Ipoh, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti syarikat pemilik helikopter tersebut sebelum memanggil mereka untuk memberi keterangan dalam masa terdekat ini.

“Buat masa ini, hanya pemilik kedai nasi ganja yang telah memberi keterangan, bagaimana pun polis telah mengenalpasti semua pihak terlibat termasuklah seorang bergelar Datuk.

“Kesemua yang terlibat ini akan dipanggil untuk direkod keterangan dalam masa terdekat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN – POLIS SIASAT HELIKOPTER RENTAS NEGERI AMBIL PESANAN NASI GANJA

Dalam perkembangan yang sama, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sudah memulakan siasatan ke atas helikopter bagi menentukan sama ada helikopter berkenaan melanggar mana-mana peraturan seperti yang tertakluk dalam Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs).

Sebelum ini, AlHijrah Online melaporkan sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh pada pukul 9.55 hingga 10.15 pagi untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi kandar popular di bandar raya itu yang lebih dikenali sebagai ‘nasi ganja’.

ARTIKEL BERKAITAN – AMBIL PESANAN NASI GANJA GUNA HELIKOPTER

Kehadiran helikopter itu mengejutkan orang ramai kerana ia terbang rendah di udara sebelum mendarat.—AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply