ANGGOTA RELA TEMBAK MATI JIRAN DIREMAN

MARANG: Lelaki yang menembak dua jirannya di Taman Raya Wakaf Tapai, di sini semalam, direman selama tujuh hari sehingga Jumaat depan.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda mengeluarkan perintah reman terhadap suspek yang berumur 56 tahun, dan merupakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi menyiasat kejadian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita Alhijrah sebelum ini melaporkan seorang lelaki meninggal dunia manakala anak saudaranya cedera parah selepas ditembak seorang jiran dipercayai menggunakan senapang patah dalam kejadian di Taman Raya Wakaf Tapai.

Mangsa, Fong Swee Fuan, 65 tahun, yang cedera di dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45 tahun, parah di bahagian dada akibat terkena tembakan sama.

Suspek yang melarikan diri menaiki sebuah jip berjaya ditahan di kawasan kebun di Durian Mentangau, Dungun jam 4.20 petang semalam.–AlHijrah Online

Leave a Reply