Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KKM NAFI KEBENARAN RENTAS NEGERI INDIVIDU LENGKAP VAKSIN

DALAM NEGARA

KKM NAFI KEBENARAN RENTAS NEGERI INDIVIDU LENGKAP VAKSIN

KUALA LUMPUR: Tular di aplikasi Whatsapp sejak semalam video siaran berita tempatan berdurasi 20 saat mengenai kebenaran rentas negeri bagi individu yang lengkap dua dos vaksin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan petikan video tersebut telah disunting dan mengelirukan orang ramai.

“KKM menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media sosial.

“Petikan video tular yang dimaksudkan merupakan video siaran berita arus perdana bertarikh 1 April lalu yang berdurasi selama satu minit serta disunting dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp untuk mengelirukan orang ramai,” lapor Bernama yang memetik kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

KKM menasihati masyarakat untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasminya untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading