5 KANAK-KANAK MAUT DIHEMPAP BUNGKUSAN BANTUAN DIGUGURKAN DARI UDARA DI GAZA
Seramai lima kanak-kanak Palestin terbunuh manakala beberapa lagi cedera dihempap bungkusan bantuan yang digugurkan dari udara oleh negara tidak dikenal pasti dalam satu kejadian di Gaza pada Jumaat.
WASHINGTON: Seramai lima kanak-kanak Palestin terbunuh manakala beberapa lagi cedera dihempap bungkusan bantuan yang digugurkan dari udara oleh negara tidak dikenal pasti dalam satu kejadian di Gaza pada Jumaat.
Ketua jabatan penjagaan kecemasan di Kompleks Perubatan Al Shifa di Bandaraya Gaza, Muhammad Al-Sheikh memberitahu CNN bahawa insiden itu berlaku di kem Al Shati di barat bandar itu, lapor United Press International (UPI).
Al-Sheikh berkata kecederaan dialami beberapa mangsa agak serius.
Setiausaha akhbar Pentagon Mej Jeneral Pat Ryder memberitahu ABC News bahawa tiada individu yang cedera dalam misi Amerika Syarikat (AS) menggugurkan bantuan kemanusiaan pada Jumaat di utara Gaza.
“Laporan akhbar bahawa bantuan digugurkan dari pesawat AS menyebabkan kematian orang awam di darat adalah palsu kerana kami telah mengesahkan bahawa semua bungkusan bantuan kami mendarat dengan selamat,” kata Ryder pada sidang media.
Pejabat Media Kerajaan di Gaza mengkritik langkah menggugurkan bantuan dengan payung terjun (air drop) dan menggesa pembukaan pintu sempadan ke Gaza dengan segera untuk menyampaikan bantuan secara lebih berkesan kepada kira-kira 2.4 juta orang awam yang mengalami kekurangan air dan makanan.
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengkritik Israel kerana menyekat penghantaran bantuan ke Gaza, dan konflik yang berterusan menjadikan ia lebih sukar untuk menyampaikan bantuan, walaupun kebenaran telah diberikan.
Program Makanan Sedunia (WFP) pada Rabu berkata pihak berkuasa Israel menghalang konvoi 14 trak yang membawa makanan kepada rakyat Palestin di utara Gaza, yang pertama sejak ia menangguhkan operasinya pada Februari. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.