52 DITAHAN CUBA MASUK MAKKAH TANPA PERMIT HAJI

MAKKAH: Sekurang-kurangnya 52 individu ditahan kerajaan Arab Saudi selepas didapati cuba memasuki Makkah tanpa permit haji.

Susulan kesalahan itu kesemua individu terbabit dikenakan denda 10,000 Riyal.

Menurut laporan Saudi Gazette, jurucakap bagi Pejabat Pemerintah Pasukan Keselamatan Haji, Brigadier Jeneral Sami Al-Shuwairekh berkata, pasukan keselamatan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba memasuki Masjidil Haram, kawasan Central Haram, Mina, Muzdalifah dan Arafat tanpa permit yang berkuatkuasa sehingga 13 Zulhijjah.

Katanya denda juga akan digandakan bagi kesalahan berulang ketika musim haji.

Larangan memasuki Tanah Suci tanpa permit haji mula dikuatkuasakan pada 5 Julai, 13 hari sebelum permulaan musim haji yang dijangka bermula pada 18 Julai.

Bagi musim haji 1442 Hijrah, jemaah hanya dihadkan kepada 60,000 orang dan hanya dibenarkan kepada warga negara dan penduduk tetap Arab Saudi. — AlHijrah Online

Leave a Reply