‘MAKAN TELUR GORENG SEBIJI BAHAGI EMPAT’

JOHOR BAHRU: Serangan angin ahmar mengubah hidup seorang ibu tunggal di Johor Bahru, sejak dua tahun lalu.

Maimun Said, 50, tidak lagi mampu bekerja dan keadaan bertambah parah, apabila anak kedua yang menjadi tonggak keluarga diberhentikan kerja beberapa bulan lalu.

Dia dan anaknya ketika ini menunggu masa untuk hilang tempat berteduh kerana tidak mampu untuk membayar rumah sewa.

Ketika ditemubual Berita AlHijrah, wanita itu menitiskan air mata mengharapkan bantuan mereka yang prihatin.

Saksikan laporan Berita AlHijrah siaran 9 Julai 2021. – AlHijrah Online

Leave a Reply