MALAYSIA REKOD JANGKITAN BAHARU COVID-19 TERTINGGI DENGAN 9,353 KES

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia merekodkan angka paling tinggi iaitu sebanyak 9,353.

Ia juga merupakan hari kedua berturut-turut kes positif baharu COVID-19 di Malaysia melebihi angka 9,000.

Selangor kekal menjadi penyumbang tertinggi kes jangkitan baharu dengan 4277 kes diikuti Kuala Lumpur 1,398 kes, Melaka 835 kes, Negeri Sembilan 638 kes, Johor 399 kes Kedah 364 kes, Sarawak 352 kes, Sabah 251 kes, Pahang 247 kes, Pulau Pinang 180 kes dan Perak 145 kes.

Negeri yang mencatatkan kes baharu kurang tiga angka pula Kelantan dengan 89 kes, Labuan 85 kes, Terengganu 50 kes, Putrajaya 39 kes dan Perlis empat kes.

Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 827,191 kes. — AlHijrah Online

Leave a Reply