Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN WANITA MENYUSUP MASUK KE KAWASAN PKPD

DALAM NEGARA

POLIS KESAN WANITA MENYUSUP MASUK KE KAWASAN PKPD

KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan seorang suspek perempuan yang bertindak menyusup masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melalui pagar berduri yang diletakkan di sekeliling blok.

Kejadian berlaku di PPR Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam Kuala Lumpur sekitar jam 6.15 petang semalam.

Video berdurasi 30 saat yang merakam tindakan suspek ini tular di media sosial dan satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pegawai kanan yang ditugaskan menjaga kawasan PKPD berkenaan.

Suspek yang disyaki menetap di Puchong dipercayai masuk ke dalam kawasan PKPD untuk menziarahi neneknya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular ini kerana bimbang mewujudkan kegusaran orang awam dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading