Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SISTEM KESIHATAN NEGARA KRITIKAL TETAPI BELUM LUMPUH

DALAM NEGARA

SISTEM KESIHATAN NEGARA KRITIKAL TETAPI BELUM LUMPUH

IPOH: Sistem kesihatan negara di beberapa negeri terutamanya di Selangor berada pada tahap kritikal.

Pun begitu Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Noor Azmi Ghazali berkata, sistem kesihatan negara masih mampu memberikan perkhidmatan dan belum lumpuh.

“Apabila kes banyak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pantas dan cepatnya bertindak menaikkan bilangan katil, menambah bilangan katil unit rawatan rapi (ICU) dengan mengubah fungsi fasiliti.

“Kita juga membuat penyumberluaran dengan pesakit-pesakit bukan COVID-19 kita hantar ke peringkat hospital swasta,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Dato Zainal di Bagan Serai hari ini.

Katanya, kerajaan sedang berusaha sehabis baik bagi memastikan peratusan kes harian COVID-19 dan kes kematian sebelum tiba ke hospital menurun.

Pembukaan hospital medan di beberapa lokaliti juga adalah langkah bagi menguruskan pandemik COVID-19.

Mengulas mengenai kadar pemberian vaksin melebihi 300,000 sehari, beliau berkata ia petunjuk kesedaran rakyat mengenai jangkitan COVID-19 dan kepentingan mendapatkan vaksinasi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading