Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILADHA 20 JULAI

DALAM NEGARA

UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILADHA 20 JULAI

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1441 Hijrah ialah pada 11 Julai 2021.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 20 Julai 2021,” katanya.

Pengumuman tarikh Hari Raya Aidiladha itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam tadi.

Berhubung solat sunat Aidiladha dan ibadah korban, beberapa kerajaan negeri telah memberikan kebenaran dengan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP). – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading