Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KKM JANGKA KES STABIL DALAM TEMPOH SEMINGGU ATAU DUA MINGGU LAGI

DALAM NEGARA

KKM JANGKA KES STABIL DALAM TEMPOH SEMINGGU ATAU DUA MINGGU LAGI

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan jumlah kes harian yang melonjak sejak beberapa hari ini akan mula stabil dan menunjukkan penurunan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi.

Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lonjakan kes ketika ini susulan saringan bersasar yang dilaksanakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur.

“KKM sudah jangkakan memang dengan sekatan pergerakan di kawasan Lembah Klang, kes harian akan meningkat kerana saringan bersasar dan saringan komuniti dilaksanakan.

“Namun, saya yakin dengan kaedah kawalan yang baik (sekatan pergerakan) kita akan lihat jumlah kes lebih stabil serta menunjukkan penurunan dalam seminggu lebih atau dua minggu. Pada masa sama, proses vaksinasi perlu dipercepatkan,” katanya memetik laporan Bernama.

Perkara itu dimaklumkan Dr Noor Hisham ketika menjadi tetamu program ‘The Nation’ bertajuk ‘Covid-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita’ terbitan Bernama TV yang dihoskan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ras Adiba Radzi, malam tadi.

Tambah beliau dalam usaha mengawal penularan COVID-19, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh semua pihak serta penguatkuasaan di lapangan sektor perkilangan perlu ditingkatkan untuk memutuskan rantaian penularan di tempat kerja.

Kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia merekodkan angka paling tinggi iaitu sebanyak 9,353.

Ia juga merupakan hari kedua berturut-turut kes positif baharu COVID-19 di Malaysia melebihi angka 9,000.— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading