Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

556 TERKORBAN DALAM PROTES DI IRAQ

DUNIA

556 TERKORBAN DALAM PROTES DI IRAQ

BAGHDAD: Angka kematian akibat protes anti-kerajaan di Iraq mencecah 556 orang, demikian menurut Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Iraq semalam.

Agensi berita Anadolu melaporkan wakil suruhanjaya itu, Ali al-Bayati dalam kenyataan berkata, mereka yang meragui angka itu perlu mengemukakan bukti.

Iraq dilanda protes sejak awal Oktober lalu ekoran isu kemiskinan dan rasuah, memaksa Perdana Menteri, Adil Abdul-Mahdi meletak jawatan pada November lalu, tetapi kekal sebagai ketua negara sementara.

Presiden Iraq, Barhan Salih melantik bekas Menteri Komunikasi, Mohammed Tawfiq Allawi sebagai Perdana Menteri baharu pada Sabtu lalu dan mengarahkan beliau membentuk kerajaan baharu.

Laporan Amnesty International dan kenyataan Salih sebelum itu menyebut lebih 600 terkorban semasa protes.

Suruhanjaya itu sebelum ini mengumumkan lebih 17,000 orang tercedera dalam protes terbabit. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading