Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KORONAVIRUS: KOREA UTARA KETATKAN PEMERIKSAAN TERHADAP PELAWAT ASING

DALAM NEGARA

KORONAVIRUS: KOREA UTARA KETATKAN PEMERIKSAAN TERHADAP PELAWAT ASING

SEOUL: Korea Utara mengetatkan pemeriksaan terhadap pelawat asing sebagai sebahagian usaha mencegah novel koronavirus, lapor agensi berita Yonhap memetik media negara itu pada Isnin.

Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), semua pelawat yang datang selepas 13 Jan perlu melalui pemeriksaan ketat dan saringan kesihatan yang menyeluruh.

Kementerian Kesihatan Korea Utara “mengambil langkah yang perlu tepat pada masanya untuk menyekat penularan wabak penyakit itu,” tambah KCNA.

Pihak berkuasa kesihatan Pyongyang turut menyeru penduduk meningkatkan tahap kebersihan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan lain. 

Baru-baru ini, Korea Utara menutup semua laluan udara dan kereta api merentasi sempadannya dengan China dan semua orang asing yang tiba di negara itu melalui China perlu dikuarantin selama sebulan.

Di samping itu, pada minggu lalu Korea Utara melancarkan sistem kecemasan negara. Setakat ini, tiada kes koronavirus dikesan di  Korea Utara. 

Di China, virus itu telah meragut lebih 300 nyawa dan menjangkiti kira-kira 15,000 orang.

Korea Utara mempunyai infrastruktur perubatan agak terhad. Disebabkan itu menurut pakar, Pyongyang mengambil langkah-langkah persediaan yang perlu, kerana jika virus berkenaan tersebar di Korea Utara ia mungkin sukar untuk dikawal. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading