KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di China kini dalam persiapan akhir mengumpulkan semua rakyat Malaysia di Wuhan yang telah dikenal pasti untuk dibawa pulang ke tanah air hari ini, susulan penularan wabak Novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV) di China.
Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata pasukan sekretariat yang ditubuhkan bagi misi itu sedang melakukan persediaan dan prosedur perlu bagi memastikan urusan logistik terutamanya penyelarasan di Lapangan Terbang Tianhe, Wuhan, berjalan lancar.
“Kita sudah maklumkan kepada mereka supaya berkumpul di satu tempat dan seterusnya akan dibawa dengan kenderaan yang disediakan khas untuk bergerak ke Lapangan Terbang Tianhe, Wuhan hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, beliau berkata senarai muktamad nama 141 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 117 rakyat Malaysia dan 24 bukan warganegara yang merupakan pasangan serta anak-anak mereka telah diserahkan kepada kerajaan China, semalam.
Nushirwan juga bersyukur kerana urusan logistik berjalan dengan baik dan ia hasil perbincangan melalui panggilan telefon antara Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Luar China, Wang Yi, pada Sabtu lepas.
“Sepertimana diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) semalam, penerbangan yang akan membawa rakyat Malaysia di Wuhan, tiba (di Wuhan) pada hari ini. Namun, menjadi lumrah dalam situasi rumit seperti ini akan terdapat kelewatan penerbangan tidak mengikut jadual asal.
“Kami juga sentiasa berhubung dan mengemas kini maklumat untuk disampaikan kepada rakyat Malaysia di Wuhan,” katanya.
Nushirwan berkata beliau juga telah menghantar satu mesej ringkas kepada rakyat Malaysia itu dalam aplikasi wechat, dan ia lebih kepada kata-kata perangsang dan nasihat kepada mereka serta prosedur yang perlu dipatuhi bagi proses berkenaan.
Tanpa mendedahkan butir penerbangan pulang ke tanah air, beliau berkata ia akan diumumkan oleh Putrajaya, kelak.
Semalam, Dr Wan Azizah mengumumkan misi membawa pulang rakyat Malaysia seramai 132 orang, yang terdiri daripada 108 rakyat Malaysia dan 24 bukan warganegara yang merupakan pasangan serta anak mereka dengan penerbangan khas dari Wuhan, dijadual hari ini.
Misi itu akan disertai lapan orang iaitu enam pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan seorang pegawai Kementerian Luar.
Pesawat AirAsia dengan 12 krew akan digunakan bagi misi itu. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked