Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

H5N1: TIADA HAIWAN HIDUP DAN PRODUK DIIMPORT DARI SHAOYANG

DALAM NEGARA

H5N1: TIADA HAIWAN HIDUP DAN PRODUK DIIMPORT DARI SHAOYANG

PUTRAJAYA: Malaysia tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan, China, yang dilaporkan berlakunya wabak selsema burung H5N1, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata Malaysia mengimport keratan ayam dari loji pemprosesan ayam di Liaocheng, Shangdong, yang terletak kira-kira 1,313 km dari tempat kejadian.

Berdasarkan laporan media, China melaporkan penularan H5N1 di sebuah ladang ternakan di bandar Shaoyang, dengan kira-kira 4,500 daripada 7,859 ayam yang diternak di ladang itu dilaporkan mati akibat jangkitan virus itu.

Menurut Quaza Nizamuddin, pihak berkuasa China telah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit berkenaan susulan laporan kes H5N1 itu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga sentiasa mengambil sampel keratan ayam yang dibawa masuk untuk diuji bagi penyakit H5N1, katanya.

“Setakat ini tiada sampel yang positif,” katanya.

Langkah berjaga-jaga juga akan ditingkatkan dan sampel akan diambil daripada setiap kosainmen untuk diuji, katanya.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan sentiasa memantau keadaan dan berhubung dengan World Animal Health Organisation (OIE) untuk mengetahui status kedudukan sebenar dari semasa ke semasa. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading