Tag Archives: Wuhan

COVID-19: 66 SELAMAT TIBA DI PUSAT PEMANTAUAN

SEPANG: Seramai 66 individu terdiri daripada warga Malaysia dan pasangan serta anak bukan warganegara, yang tiba di tanah air dari Wuhan, China, pagi ini, kini ditempatkan di Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk proses kuarantin selama 14 hari. Jumlah itu terdiri daripada 46 rakyat Malaysia dan 20 pasangan dan waris bukan warganegara adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang terkandas di Wuhan, wilayah

Read more

MISI KEDUA BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN DITERUSKAN – NADMA

KUALA LUMPUR: Misi kedua bagi membawa pulang 75 warganegara Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di Wuhan, wilayah Hubei, China, susulan wabak COVID-19 di negara itu tetap akan dilaksanakan meskipun kemelut politik melanda negara. Menurut jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pesawat khas AirAsia akan membawa pulang kesemua mereka dan penerbangan dari Wuhan dijangka tiba esok (26 Feb) pukul 6.00

Read more

KORONAVIRUS: BAYI BERUMUR SEHARI MANGSA JANGKITAN TERBAHARU

WUHAN: Seorang bayi yang baru lahir selepas 30 jam mencatatkan rekod kes mangsa termuda dijangkiti koronavirus. Bayi seberat 3.25kg berkenaan lahir pada 2 Februari lalu namun kini berada dalam keadaan stabil dan di bawah pemerhatian. Menurut laporan Xinhua, difahamkan ibu bayi berkenaan disahkan positif koronavirus sebelum melahirkan anaknya. Bagaimanapun Ketua Jabatan Perubatan Neonatal Hospital Kanak-kanak Wuhan, Zeng Lingkong memaklumkan, adalah

Read more

KORONAVIRUS: 34 RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA BERADA DI WUHAN

PUTRAJAYA: Seramai 34 rakyat Malaysia yang sepatutnya dijadualkan pulang bersama 107 yang lain dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana hari ini terpaksa berada di Wuhan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataannya berkata, sebilangan rakyat itu tidak dapat meninggalkan Wuhan kerana masalah logistik. “Sebab utama adalah mereka berada di luar bandar Wuhan dan kesukaran mendapatkan

Read more

H5N1: TIADA HAIWAN HIDUP DAN PRODUK DIIMPORT DARI SHAOYANG

PUTRAJAYA: Malaysia tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan, China, yang dilaporkan berlakunya wabak selsema burung H5N1, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam. Beliau dalam kenyataan hari ini berkata Malaysia mengimport keratan ayam dari loji pemprosesan ayam di Liaocheng, Shangdong, yang terletak kira-kira 1,313 km dari tempat kejadian. Berdasarkan laporan media, China melaporkan penularan H5N1

Read more

KORONAVIRUS: MISI BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN ESOK

KUALA LUMPUR: Seramai 132 orang, yang terdiri daripada 108 rakyat Malaysia dan 24 bukan warganegara yang merupakan pasangan serta anak-anak mereka, akan dibawa pulang dengan penerbangan khas dari Wuhan, China, esok ekoran penularan novel koronavirus 2019 di negara itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tertakluk kepada kelulusan kerajaan China, mereka yang akan dibawa pulang hanyalah yang didapati

Read more

KERAJAAN HALANG SEMENTARA KEMASUKAN WARGA CHINA DARI WUHAN, WILAYAH SEKITAR HUBEI

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya, berkuatkuasa serta merta. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri dikeluarkan hari ini, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan

Read more

DOKTOR DI HOSPITAL HUBEI XINHUA, CHINA MENINGGAL DUNIA AKIBAT CORONAVIRUS

BEIJING: Seorang doktor di sebuah hospital di wilayah Hubei, yang juga pusat penularan wabak coronavirus, meninggal dunia akibat virus itu, demikian ciapan Global Television Network. Reuters melaporkan Liang Wudong, 62, bertugas di Hospital Hubei Xinhua adalah barisan pertama merawat penularan wabak coronavirus di bandar Wuhan, China. — Terjemahan AlHijrah Online

Read more