Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KORONAVIRUS: BAYI BERUMUR SEHARI MANGSA JANGKITAN TERBAHARU

DUNIA

KORONAVIRUS: BAYI BERUMUR SEHARI MANGSA JANGKITAN TERBAHARU

WUHAN: Seorang bayi yang baru lahir selepas 30 jam mencatatkan rekod kes mangsa termuda dijangkiti koronavirus.

Bayi seberat 3.25kg berkenaan lahir pada 2 Februari lalu namun kini berada dalam keadaan stabil dan di bawah pemerhatian.

Menurut laporan Xinhua, difahamkan ibu bayi berkenaan disahkan positif koronavirus sebelum melahirkan anaknya.

Bagaimanapun Ketua Jabatan Perubatan Neonatal Hospital Kanak-kanak Wuhan, Zeng Lingkong memaklumkan, adalah tidak jelas bagaimana penyakit itu menjangkiti bayi tersebut sama ada ketika dalam rahim atau selepas kelahiran.

“Ini mengingatkan kita supaya sentiasa memantau rapi ibu mengandung yang positif koronavirus.

“Berkemungkinan bayi itu dijangkiti selepas kelahiran dari hubungan rapat dengan ibu,” katanya. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading