WUHAN: Doktor dari Wuhan di China, Dr Li Wenliang yang memberi amaran tentang kewujudan wabak koronavirus dilaporkan meninggal dunia.
Memetik laporan media antarabangsa, doktor berusia 34 tahun itu meninggal dunia pada Jumaat jam 2.58 pagi waktu tempatan di Hospital Wuhan.
Beliau sebelum itu mengalami demam dan batuk sejak 10 Januari akibat dijangkiti salah seorang pesakitnya.
Dr Wenliang antara yang paling awal bercakap mengenai koronavirus berkenaan sebagai ancaman awam.
Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan mengucapkan takziah atas pemergian Dr Li.
“Kami amat sedih atas pemergian Dr Li Wenliang. Apa yang kita perlu buat ialah meraikan usaha yang dilakukannya,” kata Pengarah Eksekutif WHO, Dr Mike Ryan.
Pada 30 Disember lalu, Dr Wenliang memberi peringatan kepada rakan-rakannya dalam aplikasi mesej WeChat supaya berhati-hati susulan kejadian di sebuah pasar makanan laut di tempatnya.
Katanya, tujuh individu yang makan di pasar itu telah jatuh sakit dan didiagnosis dengan penyakit pernafasan yang serius serta dikuarantin di hospital tempat dia bekerja.
Dr Wenliang memberitahu rakan-rakannya, ujian yang dilakukan menunjukkan pesakit dijangkiti sejenis virus yang mempunyai simptom sama seperti SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk).
Beliau menasihati rakan-rakannya supaya memberi amaran kepada ahli keluarga secara peribadi, tetapi tidak lama selepas itu, paparan skrin mesej yang dihantarnya menjadi tular.
Bagaimanapun, kerana tindakannya itu, beliau dituduh menyebarkan khabar angin dan dipanggil pengurusan hospital untuk menjelaskan bagaimana dia tahu tentang virus itu, sebelum dipanggil ke balai polis tempatan kerana menyebarkan khabar angin.
Dr Wenliang kemudiannya dilaporkan menandatangani satu kenyataan yang memperakui dia melakukan kesalahan dan berjanji tidak akan mengulanginya sebelum dibebaskan.
Pakar mata itu kembali bekerja selepas itu dan tanpa pengetahuannya, salah seorang pesakit yang dirawatnya adalah pembawa virus.
Selepas mengalami batuk, demam dan kesukaran bernafas, Dr Li dimasukkan ke unit rawatan rapi dan disahkan positif koronavirus pada 1 Februari lalu.
Sehingga kini, wabak koronavirus kini meragut 565 orang dengan jumlah disahkan di seluruh dunia 28,275 kes. — SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.